
Makluman Terkini
1. Perubahan Tajuk Bengkel
- Tajuk Lama: Teknologi Baru sebagai Alat untuk Pemikiran Kritis: AI, IoT, AR/VR, Percetakan 3D dan seterusnya
- Tajuk Baru: Revolusi Teknologi dalam Pembelajaran yang Mencetuskan Pemikiran Kritis melalui Aplikasi AI, IoT, dan Percetakan 3D
2. Perubahan Tajuk Bengkel
- Tajuk Lama: Membina daya tahan & empati: Strategi untuk Pembelajaran Sosio-Emosi
- Tajuk Baru: SEL untuk Membina Daya Tahan
Membangun Karakter Mapan Penyelesai Masalah:
Penggunaan Teknologi yang Bertanggungjawab demi Masa Depan Mampan
Simposium Kebangsaan Program Duta Guru 2024 bertujuan untuk mendalami strategi untuk memupuk daya tahan di kala perubahan pesat dan ketidakpastian, dan memastikan teknologi dimanfaatkan secara bertanggungjawab untuk membangunkan masa depan yang mampan.
Objektif
Simposium Kebangsaan Program Duta Guru 2024 akan menyediakan platform bagi peserta untuk:

Pemahaman
Membangunkan pemahaman yang menyeluruh mengenai prinsip dan amalan yang menyumbang kepada pembentukan penyelesai masalah berdaya tahan yang menggunakan dan berinovasi teknologi dengan bertanggungjawab dan lestari.

Pengalaman
Memberi inspirasi menerusi pengalaman secara langsung dan aplikasi praktikal dari komuniti Program Duta Guru yang menunjukkan prinsip membina penyelesai masalah berdaya tahan.

Membina Komuniti
Membina komuniti Program Duta Guru dalam kalangan pelajar, pendidik, dan ahli profesional yang kolaboratif dan menyokong yang berdedikasi untuk membina penyelesai masalah berdaya tahan.
Apa yang Dinantikan
Sepanjang Simposium Kebangsaan Program Duta Guru 2024, anda berpeluang untuk:

Berinteraksi
dengan golongan individu yang bersemangat tentang pembelajaran STEM

Mendapatkan
akses kepada amalan terbaik dan inovasi dalam pembelajaran STEM

Menikmati
pelbagai kaedah pembelajaran dan bina jadual pembelajaran anda sendiri

Sertai
pelbagai dialog mengenai kolaborasi antara sekolah dan komuniti
Agenda
Panel
Tempah slot anda ke Simposium Kebangsaan 2024
Dilaksanakan oleh
