Skip to main content
00

Hari Hari

00

JAM JAM

00

MINIT MINIT

00

SAAT SAAT

Ke Arah Kesihatan Planet dan Inovasi yang Mampan

,,
Simposium Kebangsaan Program Duta Guru 2025 bertujuan untuk meneroka pendekatan inovatif yang menyokong kesihatan planet dan kemampanan jangka panjang, serta memperkukuh peranan pendidik dalam membentuk generasi yang celik STEM dan peka terhadap kelestarian alam.

PROGRAM SIMPOSIUM 2026

Simposium Kebangsaan Program Duta Guru (PDG) merupakan acara tahunan bersemuka bagi peserta PDG untuk berkumpul, berhubung serta berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik dalam pendidikan STEM menerusi pelbagai sesi: Ucaptama, Pustaka Manusia, Bengkel, Pameran, jaringan bersama Komuniti PDG. Simposium Kebangsaan PDG juga bertujuan untuk pertukaran ilmu, menggalakkan perbincangan intelektual dan menyediakan platform pembelajaran dalam bidang STEM dan rangkaian dalam komuniti guru PDG seluruh Malaysia.

Simposium Kebangsaan PDG berteraskan kemampuan usahasama bersepadu dalam pendidikan bagi mencapai impak masa depan yang mampan. Menerusi acara ini, hadirin mempunyai peluang untuk membina pendirian kolektif terhadap usaha ke arah pendidikan STEM bersepadu, yang mana usaha tersebut berpotensi menuju ke arah membentuk penyelesai masalah yang bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

Peserta PDG Kohort 5 bakal menerima penganugerahan Duta Guru selepas Simposium Kebangsaan PDG 2025 sebagai simbolik permulaan perjalanan mereka sebagai pemangkin pendidikan STEM di sekolah dan daerah masing-masing setelah selesai menjalani sesi latihan selama dua (2) tahun dalam PDG.

3 OBJEKTIF SIMPOSIUM

Simposium Kebangsaan PDG 2026 menyediakan platform untuk para hadirin memahami, mengalami, dan membina komuniti STEM yang lebih kukuh.
01 / Objektif

FAHAMI

Peranan STEM bersepadu dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran STEM yang menyokong agenda kemampanan negara.
02 / Objektif

ALAMI

Mendapat inspirasi aplikasi STEM bersepadu dalam bilik darjah daripada komuniti PDG dan melalui pengalaman mencipta masa depan yang mampan melalui STEM bersepadu.
03 / Objektif

BINA

Memupuk ekosistem yang saling mendukung dalam membudayakan pembelajaran STEM bersepadu, demi sebuah negara yang mampan.

APA YANG DINANTIKAN

Sepanjang Simposium Kebangsaan PDG 2026, anda berpeluang untuk:

BERINTERAKSI

dengan individu yang bersemangat terhadap pembelajaran STEM
4000+ Peserta
14 Buah Negeri

+

SESI NETWORKING

MENDAPATKAN

akses kepada amalan terbaik dan inovasi dalam pembelajaran STEM
20+ Bengkel
20+ Penceramah

+

TOPIK DIBINCANGKAN

MENIKMATI

pelbagai kaedah pembelajaran serta membina jadual pembelajaran sendiri
40+ Bengkel
10 Demo Langsung

+

RAKAN INDUSTRI

SERTAI

dialog mengenai kolaborasi antara sekolah dan komuniti
10 Dialog
Sekolah Dijangka

+

KERJASAMA BAHARU
SEKILAS

SOROTAN EDISI TAHUN LALU

Siri simposium sebelum ini
Highlight Simposium PDG 2024
Highlight Simposium PDG 2024

SERTAI SIMPOSIUM NASIONAL PDG 2026.

Tempah slot anda ke acara tahunan pendidikan STEM terbesar di Malaysia. 3–4 November 2026, PICC Putrajaya.
Simposium Kebangsaan Program Duta Guru 2026 — Membentuk Insan Inovatif: Penyelesaian Setempat Mendepani Cabaran Global.
Ikuti
© 2026 Program Duta Guru. Hak cipta terpelihara.
Dengan sokongan Yayasan PETRONAS & KPM

PDG 2026