MENGENAI PROGRAM DUTA GURU
PROGRAM DUTA GURU (PDG)
Ia merupakan sebuah inisiatif bersama antara Yayasan PETRONAS dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, dengan tujuan untuk memperkasakan seramai 4500 orang guru teladan yang kompetensi tinggi dan komited untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM sebagai asas sebuah negara yang berdaya saing menjelang tahun 2030.
PDG diaspirasikan bagi membangunkan sistem sedia ada dengan meningkatkan keupayaan guru-guru sekolah awam di Malaysia dalam meningkatkan minat dan kecekapan murid dalam mata pelajaran STEM serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), khususnya untuk para murid dalam golongan kurang berkemampuan.

RAKAN PELAKSANA
Kerjasama yang menggerakkan perubahan

Yayasan PETRONAS merupakan cabang impak sosial PETRONAS yang bertujuannya memperkayakan kehidupan dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat secara berterusan demi masa depan yang lestari.
Bertunjangkan tiga fokus utama iaitu pendidikan, kesejahteraan dan pembangunan komuniti, serta alam sekitar. Yayasan ini turut berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai Pemilik Bersama Program Duta Guru.

Petrosains merupakan Jawatankuasa Pelaksana STEM Hub bagi Program Duta Guru.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan pemilik bersama bagi Program Duta Guru, dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) mewakili pihak KPM dalam perancangan dan kolaborasi bersama bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program ini.

Ditubuhkan pada Disember 2010, Teach For Malaysia adalah sebuah badan bukan kerajaan yang bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk membanteras ketidakadilan dalam pendidikan.
Teach For Malaysia merupakan Jawatankuasa Pelaksana Program bagi Program Duta Guru.
Teach For Malaysia merupakan Jawatankuasa Pelaksana Program bagi Program Duta Guru.