SIMPOSIUM
KEBANGSAAN 2026
Membentuk Insan Inovatif :
Penyelesaian Setempat Mendepani Cabaran Global
Building Innovative Problem Solvers :
Local Solutions for Global Challenges
3-4 Nov 2026
Putrajaya International
Convention Centre (PICC), Putrajaya
00
Hari Hari
00
JAM JAM
00
MINIT MINIT
00
SAAT SAAT
Ke Arah Kesihatan Planet dan
Inovasi yang Mampan
,,
Simposium Kebangsaan Program Duta Guru 2026 bertujuan untuk meneroka pendekatan inovatif yang menyokong kesihatan planet dan kemampanan jangka panjang, serta memperkukuh peranan pendidik dalam membentuk generasi yang celik STEM dan peka terhadap kelestarian alam.
SIMPOSIUM KEBANGSAAN PDG 2026
Simposium Kebangsaan Program Duta Guru (PDG) merupakan acara tahunan bersemuka bagi peserta PDG untuk berkumpul, berhubung serta berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik dalam pendidikan STEM menerusi pelbagai sesi: Ucaptama, Pustaka Manusia, Bengkel, Pameran, jaringan bersama Komuniti PDG. Simposium Kebangsaan PDG juga bertujuan untuk pertukaran ilmu, menggalakkan perbincangan intelektual dan menyediakan platform pembelajaran dalam bidang STEM dan rangkaian dalam komuniti guru PDG seluruh Malaysia.
Simposium Kebangsaan PDG berteraskan kemampuan usahasama bersepadu dalam pendidikan bagi mencapai impak masa depan yang mampan. Menerusi acara ini, hadirin mempunyai peluang untuk membina pendirian kolektif terhadap usaha ke arah pendidikan STEM bersepadu, yang mana usaha tersebut berpotensi menuju ke arah membentuk penyelesai masalah yang bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
Peserta PDG Kohort 6 bakal menerima penganugerahan Duta Guru selepas Simposium Kebangsaan PDG 2026 sebagai simbolik permulaan perjalanan mereka sebagai pemangkin pendidikan STEM di sekolah dan daerah masing-masing setelah selesai menjalani sesi latihan selama dua (2) tahun dalam PDG.

3 OBJEKTIF SIMPOSIUM
Simposium Kebangsaan PDG 2026 menyediakan platform untuk para hadirin memahami, mengalami, dan membina komuniti STEM yang lebih kukuh.
01 / Objektif
FAHAMI
Peranan STEM bersepadu dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran STEM yang menyokong agenda kemampanan negara.
02 / Objektif
ALAMI
Mendapat inspirasi aplikasi STEM bersepadu dalam bilik darjah daripada komuniti PDG dan melalui pengalaman mencipta masa depan yang mampan melalui STEM bersepadu.
03 / Objektif
BINA
Memupuk ekosistem yang saling mendukung dalam membudayakan pembelajaran STEM bersepadu, demi sebuah negara yang mampan.
APA YANG DINANTIKAN
Sepanjang Simposium Kebangsaan PDG 2026, anda berpeluang untuk:
BERINTERAKSI
dengan individu yang bersemangat terhadap pembelajaran STEM
4000+ Peserta
14 Buah Negeri
+
SESI JARINGAN
MENDAPATKAN
akses kepada amalan terbaik dan inovasi dalam pembelajaran STEM
20+ Bengkel
20+ Penceramah
+
TOPIK DIBINCANGKAN
MENIKMATI
pelbagai kaedah pembelajaran serta membina jadual pembelajaran sendiri
40+ Pameran
10 Demo Langsung
+
RAKAN INDUSTRI
SERTAI
dialog mengenai kolaborasi antara sekolah dan komuniti
10 Dialog
100+ Sekolah Dijangka
+
KERJASAMA BAHARU
SEKILAS
SOROTAN EDISI TAHUN LALU
Siri simposium sebelum ini
SERTAI SIMPOSIUM NASIONAL PDG 2026.
Tempah slot anda ke acara tahunan pendidikan STEM terbesar di Malaysia. 3–4 November 2026, PICC Putrajaya.